Sejajar dengan dasar kerajaan, SMK Sacred Heart telah memulakan SPBT pada tahun 1982.

Pada permulaannya, SPBT cuma beroperasi dalam skala kecil dan setakat untuk memenuhi keperluan sekolah untuk menguruskan buku teks bagi memenuhi keperluan pelajar yang memerlukan bantuan buku teks.

Satu perubahan yang besar telah berlaku apabila pengetua Encik Vincent Liong Shou Chuan menjadi pengetua SMK Sacred Heart.

Beliau telah mengenalpasti satu bilik khas yang lebih sesuai untuk dijadikan Bilik BOSS dan melantik sekumpulan AJK yang terdiri daripada guru dan pelajar yang dinamik untuk membaiki serta membuat pembaharuan dari segi sistem pengurusan SPBT.

Akhirnya pada tahun 2007, dengan kerjasama pengetua dan AJK serta guru yang dinamik, SMK Sacred Heart Sibu telah mememangi Anugerah BOSS cemerlang di peringkat Bahagian dan sekaligus mememangi Anugerah BOSS peringkat Negeri Sarawak.

Edicy. Make a website.